SYEIKH AHMAD AL FATHANI
Dan Ilmu Perubatan
Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd Saghir Abdullah
Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd Saghir Abdullah
Sheikh Ahmad al-Fathani mendapat pendidikan
khusus dalam bidang ilmu kedoktoran secara mendalam melalui seorang
doktor/tabib yang berasal dari Kabul, Afghanistan, beliau ialah Sheikh Abdur
Rahim al-Kabuli.
Di halaman terakhir sebuah kitab yang ditulis
dalam bahasa Urdu, terdapat catatan tentang Sheikh Ahmad al-Fathani yang
ditulis dalam bahasa Arab, yang bermaksud: “Selesai mempelajari kitab ini dari
Syeikhuna doktor yang mahir dan termasyhur, iaitu Sheikh Abdur Rahim al-Kabuli,
sesudah Zuhur, hari Sabtu 21 Ramadan 1312 H”.
Namun, penulis tidak pasti melalui aktiviti yang
bagaimana sehingga Sheikh Ahmad al-Fathani dikenali oleh beberapa doktor di
Mesir pada zaman itu. Sehingga dapat ditemui beberapa surat yang dikirim oleh
doktor-doktor di Mesir kepada beliau di Mekah. Malahan ada di antara surat itu
yang meminta Sheikh Ahmad al-Fathani bekerjasama dengan mereka untuk penelitian
pelbagai jenis ubat yang baru diperkenalkan ketika itu.
Terdapat dua karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang
secara khusus membicarakan mengenai perubatan. Sebuah karya beliau yang ditulis
dalam bahasa Melayu iaitu Thaiyib al-Ihsan fi Thibb al-Insan, yang selesai
ditulis pada 13 Zulhijjah 1312 H/1894 M.
Ternyata tarikh selesai menulis kitab tersebut hanya kira-kira empat bulan setelah beliau mengkhatamkan sebuah kitab kedoktoran yang ditulis dalam bahasa Urdu, yang dipelajarinya daripada Sheikh Abdur Rahim al-Kabuli.

Cetakan pertama kitab Thaiyib al-Ihsan dilakukan
oleh Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah Mekah dalam tahun 1313 H/1895 M dan
seterusnya cetakan kedua dalam tahun 1332 H/1913 M.
Selain karya itu, ada beberapa halaman dalam
Hadiqah al-Azhar dan Luqthah al-‘Ajlan yang menyentuh tentang perubatan.
Seterusnya ditemui juga lembaran-lembaran catatan yang merupakan pelbagai
eksperimen beliau terhadap pelbagai jenis tumbuhan dan spesies binatang yang
boleh digunakan untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.Dengan ditemui
catatan-catatan tersebut, maka terbukti Sheikh Ahmad al-Fathani cuba
menggabungkan hasil pelajaran dengan penelitiannya sendiri yang bersumberkan
khazanah dunia Melayu. Pemikiran
Kedoktoran Berdasarkan cerita ramai tuan guru pondok bahawa Sheikh Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fathani adalah putera Melayu yang pertama belajar ilmu
kedoktoran.
Sehingga kini kita belum pun mendapat maklumat
bahawa seseorang itu sebagai ulama besar dan secara langsung pula sebagai ahli
perubatan di dunia Melayu.
Beberapa pemikiran beliau tentang perubatan dapat dikaji dari sebuah karyanya berjudul Thaiyibul Ihsan fi Thibbil Insan yang ditulis dalam bahasa Melayu. Selain itu penulis mempunyai banyak catatan Sheikh Ahmad al-Fathani, yang belum sempat dikumpulkan menjadi sebuah buku.

Bagi membuktikan bahawa beliau ialah seorang ahli
pemikir perubatan di Asia Tenggara/dunia Melayu, di bawah ini dinyatakan
beberapa kalimat beliau yang bercorak tersebut, iaitu:
1.
Dan kami harap bahawa Allah membuka akan hati seseorang akan hemah yang
tinggi, maka bersungguh-sungguh ia mencuba beberapa jenis kayu, tumbuh-tumbuhan
dan lainnya daripada barang yang pada bumi Melayu dan memeriksakan pada
demikian itu. Maka disuratkan beberapa faedahnya, khasiatnya, pangkat segala
tabiatnya dan kaifiat isti’malnya (memakai). Seperti memperbuatkan demikian itu
oleh Hukuma’ Yunani pada masa dahulu dengan beribu-ribu tahun. Kemudian
mengambil daripada mereka itu oleh Hukuma’ Arab dengan hemah raja-raja anak
Harun ar-Rasyid.
Maka berkekalan mentaklif (mengarang) mereka itu beberapa karangan, maka tercawang daripada demikian itu hingga sekarang ini thib (perubatan) segala Thabib (doktor, dukun, bomoh, dan lain-lain) Farsi (Iran) dan Hindi (India). Kemudian beratus-ratus tahun, kemudian daripada itu oleh segala thabib Afranji (Eropah) maka menambah dan meringkah (mencipta) mereka itu beberapa banyak ringkahan (ciptaan) yang ajaib”.
lSheikh Ahmad al-Fathani menulis: “Padahal jenis melayu aula (lebih utama) dengan demikian itu, dari kerana banyak segala ubat itu pada negeri dan bumi kita”.

2.
Maka bersangatanlah sayugia bagi Raja-Raja Melayu bahawa memalingkan
(mengarahkan) mereka itu kepada mendapatkan barang yang tersebut dengan
menyungguh-nyungguh menyuruh dan menggemarkan manusia pada demikian itu, dengan
memudahkan bagi demikian itu. Dan berdiri dengan belanja bagi demikian itu.
Maka dapat baginya pahala yang jazil”.
3.
kepada menghimpunkan dia oleh bersangatan hajat jenis melayu kepadanya,
banyak darurat hal mereka itu kepada bicaranya, kerana mengubati itu.
Berturut-turut soal (permintaan) mereka itu kepadanya. Serta tiada ada
sekali-kali daripada mereka itu orang yang amat-amati (mengambil berat) dengan
dia atas Qanun yang madun (undang-undang negeri) yang membawa kepada
pengetahuan yang muktabar yang boleh dipegang akan dia”.
4.
Padahal ilmu thib (perubatan) itu daripada sebesar-besar barang yang
berhajat kepadanya tiap-tiap manusia. Hingga jahil mereka itu akan barang yang
melengkapi ia atasnya daripada beberapa banyak rahsia. Dan seolah-olah ilmu thib
itu pada sisi mereka itu sesuatu yang sia-sia. Maka meninggalkan mereka itu
akan dia nasiyan-mansiyan. Dan tiada ada pula bagi mereka itu sesuatu daripada
kitab pada ini shina’ah (kepandaian) yang boleh dipegang atasnya, dan
dipercayai dengan nukilnya dan diambil dengan ibarat dan nasnya”.
Sheikh Ahmad
al-Fathani dan sejarah
Berdasarkan pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani
yang diperoleh dari karya-karya beliau dalam bidang sejarah, sama ada dalam
bahasa Arab ataupun dalam bahasa Melayu yang pernah diterbitkan, mahupun yang
berupa manuskrip dan catatan-catatan, maka dapat dianggap bahawa beliau ialah
seorang sejarawan yang berasal dari dunia Melayu yang dikagumi di Timur Tengah
pada zamannya. Sebagaimana
yang telah disebutkan tentang penglibatan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang
politik, maka menurut lazimnya seorang politikus sekali gus seorang yang faham
dengan sejarah bangsanya sendiri dan bangsa-bangsa lain. Seorang sejarawan
faham terhadap politik semasa, politik yang telah lalu dan dapat membayangkan
akibat daripada tindakan politik yang sedang dilakukan.
Pada pengenalan ini, saya tidak akan membicarakan pemikiran beliau tentang sejarah lagi kerana telah cukup jelas diperkatakan dalam buku cetakan yang pertama tahun 1992 cuma saya akan memperkenalkan beberapa tulisan beliau mengenai sejarah Nabi Muhammad SAW atau yang ada hubungannya dengan itu.

Terdapat tiga karya Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai sejarah Rasulullah SAW. Sebuah ditulis dalam bahasa Arab berbentuk puisi dan dua buah lagi dalam bahasa Melayu. Sebuah dalam bentuk puisi dan yang sebuah lagi berbentuk prosa, tetapi di beberapa halaman terdapat juga puisi. Puisi yang dalam bahasa Arab diberi judul Al-Lum’ah an-Nuraniyat wa Nafahat al-Miskiyah.
Karya ini hanya ditemui pada halaman mukanya saja dalam bentuk manuskrip. Prosa dalam bahasa Melayunya diberi judul Badr at-Taman wa an-Nujum ats-Tsawaqib, diselesaikan penulisannya dalam tahun 1307 H/1889 M di Mekah.
Kitab tersebut dicetak pertama kalinya oleh
Mathba’ah al-Miriyah, Mekah, 1309 H/ 1891 M, kemudian diulang cetak beberapa
kali oleh Saudara Press, Patani.
Ada pun sirah Nabi Muhammad S.A.W yang dalam
bentuk puisi masih berupa manuskrip dan merupakan karya Sheikh Ahmad al-Fathani
yang pertama, ditulis ketika beliau berusia 15 tahun.
Sultan Abdul Hamid Khan ats-Tsani telah meminta
beliau menulis tentang sejarah Turki-Uthmaniah. Maka beliau menulis sejarah itu
dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Melayu. Tulisannya dalam bahasa
Arab masih belum ditemui sedangkan yang dalam bahasa Melayu selesai ditulis
dalam tahun 1303 H/1885 M di Istanbul, Turki. Sejarah Turki-Uthmaniah ini
pernah dicetak dalam kitab Hadiqah al-Azhar.
Selain itu, dalam Hadiqah al-Azhar juga banyak
ditemui beberapa catatan beliau yang bercorak sejarah. Di antaranya tentang
kelahiran beliau, usahanya dalam pentashhihan kitab, perang antara Patani
dengan Siam dan lain-lain.
Karangan Sheikh Ahmad al-Fathani yang bercorak
sejarah, tetapi tidak termuat dalam Hadiqah al-Azhar ialah Sejarah Lampung
Pecah. Mengenai sejarah tersebut, beliau menulisnya ketika peristiwa itu
terjadi dalam tahun 1301 H/1883 M. Manuskrip Sejarah Lampung Pecah karya beliau
itu hanya ditemui beberapa lembar saja.
Mengenai sejarah Patani yang lengkap, beliau
memberikan judulnya Fadhilah Ahmad al-Fathani. Penulis memperoleh informasi
bahawa kitab yang penting itu pernah dicetak di Mekah. Namun, sama ada dalam
bentuk manuskrip atau pun bahan bercetak, sejarah mengenai Patani karya Sheikh
Ahmad al-Fathani itu sehingga kini masih belum diperoleh.
Sheikh Ahmad al-Fathani dapat dikategorikan
sebagai golongan ulama dari dunia Melayu yang pertama menulis pelbagai sejarah
kerana sebelum beliau tidak ramai ulama dari dunia Melayu melibatkan diri dalam
bidang penulisan sejarah. Sejarah Imam fiqh yang empat orang itu, penulisan
awal dalam bahasa Melayu dilakukan oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani,
manakala Sheikh Ahmad al-Fathani adalah tokoh yang kedua menulis tentang itu.
Mengenai biografi para Wali Allah dan Sejarah
Turki-Uthmaniah nampaknya karya Sheikh Ahmad al-Fathani merupakan karya yang
pertama ditulis di dalam bahasa Melayu. Asal Usul Bugis-Melayu yang terkenal
ialah karya Raja Ali Haji yang berjudul Salasilah Bugis dan Melayu.
Karya Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai asal usul
Bugis-Melayu walaupun ringkas namun boleh digunakan sebagai perbandingan dengan
karya Raja Ali Haji yang lengkap itu.
Selain tokoh-tokoh dari Riau dan Patani itu
memang tidak dikenal dengan pasti siapa penulis salasilah Bugis dan Melayu itu
pada peringkat awalnya. Pemikiran
Tentang Sejarah Petikan Dari
Hadiqah Al-Azhar Pemikiran Sheikh
Ahmad al-Fathani mengenai sejarah dapat dipetik dari kitab Hadiqah Al-Azhar,
antaranya adalah:
1. “Adalah ia ilmu yang memberi faedah bagi
tiap-tiap yang mempunyai akal. Istimewa orang yang memerintah ahwal manusia
daripada orang besar-besar dan raja-raja. Dan dari kerana ini adalah setengah
daripada raja-raja berwasiat kepada anaknya, selama-lamanya dengan katanya,
“Hai anakku, jangan engkau lalai pada membaca segala kitab.
Istimewa kitab tawarikh yang lama-lama. Maka bahawasanya engkau terlihat dengan dia sehingga-hingga kemudahan atas segala barang yang mengusahakan dia oleh yang lain daripada engkau beberapa banyak kepayahan. Dan setengah daripadanya, membuka aurat bohong segala yang ber-dusta dan membezakan kelakuan mereka yang benar. Dan tiada jahilkan manfaatnya melainkan orang yang gugur hemahnya dan yang kasar qarinahnya”.

2. Adapun ahli Tanah Melayu kita, maka tiadalah
mereka itu memperduli dengan syaan tawarikh. Hingga jahillah mereka itu akan
ahwal segala masa yang telah lalu atas negeri mereka itu daripada beberapa masa
yang hampir. Bahkan tiada mengetahui mereka itu akan nama-nama nenek moyang
mereka itu. Padahal belum lalu beberapa lapis yang sedikit.
Akan tetapi ada juga sampai khabar kepada perhamba, bahawasanya ada bagi setengah- setengah negeri mereka itu, buku yang disebutkan dalam setengah-setengah ahwal yang jatuh dalam masa yang tertentu. Dikatakan baginya ‘Sejarah Fathani’, umpamanya. Dan perhamba dengarkan dari setengah orang tua-tua,
mereka itu mentarikhkan, pada ketika mereka itu berkhabar-khabar dengan musuh-musuhan, seperti perkataan mereka itu; “Hamba keluar dari anu-anu pada tahun musuh Kedah atau kemudian daripada tiga tahun daripada musuh Fathani”. Padahal tiada disuratkan bagi demikian musuh-musuh itu tarikh yang dapat kita ketahui dan kita perpegangkan dengan dia.

3. “Dan adalah tiap-tiap bangsa, istimewa Arab,
Farsi dan ahli Eropah yang dahulu-dahulu dan yang kemudian-kemudian sangat
mengamat-amati mereka itu dengan pekerjaan tarikh. Hingga mereka itu dapat
mengetahui yang terkemudian daripada mereka itu akan ahwal yang dahulu-dahulu
dengan masa beberapa ribu tahun”.
4. “Dan telah perhamba lihatkan di Mesir pada
beberapa banyak batu pada Ahram mereka itu akan beberapa banyak suratan. Adalah
hurufnya rupa-rupa binatang. Telah fana ahlinya, dan binasa mereka itu. Dan
berubah-ubah bangsanya, dan bahasa, dan agama,
kemudian daripada mereka itu beberapa lapis. Hingga tiada dapat seseorang membacakan dia di dalam beberapa kurun yang banyak. Kemudian, di dalam masa ini, berhadaplah kepada menghuraikan dia oleh kehendak setengah raja-rajanya. Maka memisahkan orang yang handal-handal dan petah-petah pada memeriksakan hingga nyatalah bagi mereka itu sekalian madhmunnya. Maka tiba-tiba ia adalah ahwal raja-raja dan segala peperangan mereka dan ahwal ahli zaman itu. Maka dibuat satu madrasah tempat belajar menyurat (menulis) huruf dan bacaannya. Hingga diterjemahkan demikian itu kepada bahasa Arab.
Maka tilik olehmu yang mempunyai bashirah (pandangan jauh) dengan ‘ainul afkar, betapa tinggi hemah dan besar kisah bangsa orang, supaya dapat bagimu hidayatul iktibar. Maka menjalani engkau akan jalan manfaat hushul dawamil iftikhar. Dan membuka engkau bagi dirimu dan segala anak jenismu akan mata istibshar”.

Link berkaitan - [Baca : Ilmu Ilmu Hadis - SYEIKH AHMAD AL FATHANI]
No comments:
Post a Comment