PATANI "HILANG KEDAULATAN TERITORIAL, TANPA HAK PERTUANAN" - Tunas Online - Darul Islam Nusantara

Sunday, March 10, 2019

PATANI "HILANG KEDAULATAN TERITORIAL, TANPA HAK PERTUANAN" - Tunas Online


PATANI "HILANG KEDAULATAN TERITORIAL, TANPA HAK PERTUANAN"

Ditandatangani Di Bangkok, 10 Hari Bulan Mac 1909 (Ratifikasi Dibuat Di London, 9 Hari Bulan Julai 1909)
Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:
Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.; Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-
Perkara I
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain.

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.
Perkara II 
Tarikh Penyerahan

Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.
Perkara III 
Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam

Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.
Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.
Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.
Perkara IV 
Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V 
Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam
Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah

Perkara VIII 
Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah. Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.
Perkara VI 
Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan. Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.
Perkara VII 
Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VIII 
Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.

By : Tunas Online

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here